fbpx

[VIDEO] ‘Anak antoo Penang’ kena pukat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 200 motosikal ditahan dalam Ops Bersepadu (Ops Samseng Jalanan) di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor, awal pagi tadi. Foto oleh NOOR HASLIZA NUSI/KOSMO!

GEORGE TOWN – Keterujaan sekumpulan besar penunggang dan pembonceng motosikal menyaksikan aktiviti perlumbaan haram pada hujung minggu terbantut apabila mereka ditahan di kawasan E-Gate, Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini, awal pagi tadi.

Mereka terdiri seramai 180 lelaki dan 20 wanita itu dikatakan tidak sempat melarikan diri berikutan lokasi yang popular sebagai ‘port’ panas kumpulan pelesit rempit pulau itu terlebih dahulu dikepung polis.

Sebelum operasi dijalankan, hampir 10 pelesit rempit dilihat mempamerkan kehandalan dengan berlumba mengelilingi bangunan sebuah pasar raya besar dan perumahan kondominium di situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Ops Bersepadu (Ops Samseng Jalanan) itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL), bermula pukul 1 hingga 4 pagi.

Menurutnya, operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu dilakukan menerusi risikan awal bermula pukul 1 pagi.

“Kami mendapati sekumpulan motosikal telah memasuki ke arah E-Gate untuk berlumba sebelum kawasan berkenaan dikepung pada pukul 3 pagi tadi.

“Meskipun pada awalnya ada dalam kalangan mereka bertindak melarikan diri di kawasan ruang parkir pasar raya dan bangunan berhampiran namun akhirnya mereka berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kesemua penunggang dan pembonceng itu kemudiannya diarah menunggang motosikal sehingga empat kilometer sambil diiringi kereta peronda polis ke IPD Timur Laut.

Soffian memberitahu lagi, hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 100 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik iaitu tiada cermin sisi, ekzos bising, nombor plat fancy dan tayar tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Antara kesalahan lain yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

“Dalam operasi tersebut, polis turut menyita 20 buah motosikal melibatkan modifikasi yang keterlaluan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI