fbpx

Peserta Ironman Muhaini meninggal lepas ditidurkan di ICU Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhaini.

PETALING JAYA – Peserta wanita kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Muhaini Mahmud dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, hari ini.

Allahyarhamah Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), berikutan mengalami masalah kesihatan ketika melakukan disiplin renang di Pantai Kok, semalam.

Khabar duka itu dimaklumkan anak saudaranya, Nafisah Hani, melalui hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Muhaini dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika melakukan disiplin renang pada kejohanan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa didapati tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha.

Sementara itu, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah turut berkongsikan berita sedih itu di media sosial miliknya.

“Innalillahiwainailaihirajiun. Saya kehilangan seorang kawan baik yang tidak pernah gagal mengucapkan selamat hari lahir kepada saya setiap tahun dan hari lahir saya hanya dalam dua minggu.

“Kan kita janji untuk makan-makan bagi meraikan 45 tahun pencapaian kami,” ujarnya.

Selain itu, anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa turut mendoakan semoga pemergian arwah dicucuri rahmat Allah.

Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik, Mui. Anda adalah salah seorang daripada segelintir yang ada untuk saya dan keluarga ketika detik-detik paling sukar kami.

“Terlalu banyak kenangan bersama, bertenang di sana sahabat. Sama-sama kita sedekahkan doa kepada Allahyarhamah,” ujarnya.

Untuk rekod, Allahyarhamah yang juga pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn. Bhd. merupakan anak perempuan Datuk Dr . Mahmud Mohd. Nor dan Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah.

Jenazah Muhaini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang Kuala Lumpur selepas solat zuhur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI