fbpx

Majlis kahwin senarai jumlah kalori setiap hidangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dan rakan-rakannya beratur di hadapan meja aiskrim. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang menyenaraikan jumlah kalori setiap makanan yang dihidangkan kepada tetamu.

Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dimuat naik oleh seorang wanita yang menghadiri majlis tersebut dalam akaun TikToknya @farchuuu. 

Majlis itu diadakan oleh seorang pakar pemakanan yang menyenaraikan setiap kalori supaya tetamu boleh mengawal pengambilan kalori yang diperlukan.

Bagaimanapun, wanita itu kelihatan bersemangat menikmati hidangan. Dia menunjukkan papan tanda yang menerangkan jumlah kalori setiap makanan. 

“Ais Krim Chocolava ±335 kilo kalori kcal/bahagian,” tulis salah satu papan tanda dalam video tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tetamu jurusan farmaseutikal, setiap menu ada dosnya,” komen seorang netizen.

“Tetamu jurusan ekonomi, setiap menu ada harganya,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI