fbpx

Konflik Palestin-Israel: Dunia beri reaksi berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pemimpin dunia memberikan reaksi berbeza terhadap konflik meningkat Israel-Palestin. - REX/APA

TEL AVIV – Para pemimpin seluruh dunia memberikan reaksi berbeza terhadap serangan pejuang Hamas ke atas Israel dengan beberapa pihak mendesak agar gencatan senjata dilakukan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata, operasi ketenteraan oleh Hamas itu adalah tindakan spontan rakyat Palestin yang tertindas untuk mempertahankan hak mereka serta reaksi semula jadi terhadap dasar perang dan provokatif Zionis.

“Iran menganggap rejim Zionis dan para sekutunya bertanggungjawab atas keganasan dan pembunuhan rakyat Palestin selama ini,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani.

Arab Saudi, yang kebelakangan ini berusaha ke arah perjanjian yang dibroker oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menormalkan hubungan dengan Israel, mengeluarkan kenyataan tegas menentang konflik serta menggesa gencatan senjata dan perlindungan orang awam.

Sementara itu, Turkiye menyatakan kesanggupan untuk membantu meredakan konflik tersebut dengan Kementerian Luar berkata, ia sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak terlibat.

China pula semalam meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan dramatik konflik tersebut dengan mendesak kedua-dua pihak agar bertenang, melakukan gencatan senjata dengan segera serta melindungi orang awam dan mencegah situasi menjadi lebih buruk.

Dalam pada itu, sekutu Barat menyatakan sokongan terhadap Israel dengan Presiden AS, Joe Biden memberitahu bahawa Washington menyokong pentadbiran Benjamin Netanyahu.

“Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan penduduknya,” ujarnya.

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menerusi kenyatan di platform X turut menyatakan reaksi yang sama dengan Biden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI