fbpx

PRK Pelangai: Tiga beradik teruja kali pertama mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beradik, Farini Nadira (dari kanan), Farini Nabila dan Farini Ellisa Najwa berbangga menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dakwat selepas mengundi pada PRK Pelangai di SMK Felda Chemomoi di Bentong hari ini.

BENTONG – Tiga beradik, Farini Nadira Abd Manaf, 28; Farini Nabila, 24, dan Farini Ellisa Najwa, 20 teruja keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.

Mereka tiba pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di saluran lima.

Farini Nadira berkata, ini adalah kali pertama dia keluar mengundi walaupun sepatutnya sudah layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

“Banyak halangan sebelum ini tetapi hari ni, saya teruja nak keluar mengundi. Pertama kali merasa pengalaman mengundi dan kebetulan, saya datang bersama dua adik saya.

“Kami tiba awal, ingatkan tak ramai orang. Rupanya kena beratur panjang juga di saluran lima tetapi seronok sebab ini pengalaman berharga,” katanya.

Sementara itu, Farini Nabila, 24, yang merupakan anak ke empat dari lima beradik turut melahirkan keterujaan mengundi buat kali pertama.

“Saya sama macam kakak, teruja nak mengundi. Sebelum ini, tengok je orang tunjuk jari (yang dicelup dakwat). Kali ni, saya boleh berbangga sebab saya juga sudah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Berbeza bagi Farini Ellisa Najwa, 20, PRK DUN Pelangai merupakan peluang dia keluar mengundi buat kali kedua.

Ujar beliau, kali pertama semasa PRU15, dan kali ini, sekali lagi dapat melaksanakan amanah sebagai rakyat negaa ini.

” Ini kali kedua mengundi tetapi tetap semangat dan rasa teruja walaupun terpaksa beratur panjang, saya tidak kisah.

“Selepas ini, dua abang saya pula akan datang bawa mak dan ayah, cuma kena tunggu keadaan di sini reda dahulu supaya mak dan ayah tidak perlu menunggu lama,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI