fbpx

Kekalkan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan terbaik di ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (dua dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi LPK memotong kek sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke-60 LPK di Hotel Wyndham, Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Kerajaan komited bagi memastikan Pelabuhan Klang kekal menjadi salah satu pelabuhan terbaik di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beberapa usaha sedang dijalankan pihaknya ketika ini bagi memastikan lebih banyak syarikat menggunakan pelabuhan tersebut.

“Dalam lawatan kerja saya ke Eropah baru-baru ini, saya telah berjumpa dengan beberapa kepimpinan tertinggi syarikat logistik antarabangsa terkemuka seperti MSC, Maersk, CMA-CGM, dan Hapag-Lloyd bertujuan untuk menarik mereka supaya meningkatkan pelaburan mereka ke negara ini.

“Pertemuan itu berlangsung baik dan harap syarikat ini dapat menambah pelaburan mereka di Malaysia,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di Hotel Wyndham di sini.

Menurut beliau, Malaysia mengendalikan hampir 27 juta buah kontena berukuran 20 kaki (TEU) di belakang negara China, Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 50 peratus kontena TEU dikendalikan di Pelabuhan Klang.

Justeru, kata Anthony, kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta amat penting bagi mengekalkan mutu perkhidmatan di pelabuhan tersebut.

“Di peringkat nasional, pembangunan Malaysian Maritime Single Window (MMSW) sedang giat dijalankan dan dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya 1 Januari 2024.

“MMSW adalah pangkalan data digital dan sumber data yang akan memudahkan pengguna pelabuhan, pemain logistik dan agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat berhubung kegiatan di pelabuhan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, kerajaan akan memastikan sektor perkapalan negara lebih mesra alam selaras dengan agenda IMO Green Voyage 2050. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI