fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan beberapa kawasan di enam buah negeri bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir, pagi ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Perak.

“Selain itu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang pula dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat juga bakal melanda satu dua tempat di Sabah yang akan tertumpu di Pedalaman, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sarawak pula, cuaca buruk yang sama diramal berlaku di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri,” ujarnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI