fbpx

Iconic Worldwide umum pemegang saham kawalan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide, Datuk Seri Tan Kean Tet.

PETALING JAYA – Iconic Worldwide Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang terlibat terutamanya dalam pelancongan, pembangunan hartanah dan pembuatan peralatan pelindung diri (PPE), mengumumkan bahawa Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Tan Kean Tet kini merupakan pemegang saham kawalan baharu Kumpulan.

Berikutan kejayaan usaha korporat Kumpulan yang mengumpul hasil kasar RM95.6 juta melalui tawaran saham terbitan hak yang terlebih langganan kepentingan Kean Tet dalam Iconic Worldwide telah meningkat kepada 36.59 peratus.

Seperti yang ditetapkan dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia, pemegang saham kawalan ditakrifkan sebagai mana-mana orang yang merupakan atau sekumpulan orang yang bersama-sama berhak untuk melaksanakan atau mengawal pelaksanaan lebih daripada 33 peratus saham mengundi dalam syarikat.

Kean Tet berkata, dengan pertumbuhan kukuh dalam pelancongan dan projek infrastruktur utama bermula tahun ini seperti LRT Pulau Pinang dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, beliau yakin bahawa masa depan adalah cerah untuk hartanah dan hospitaliti di Pulau Pinang.

“Ketika kami memulakan peringkat seterusnya dengan tumpuan baharu pada pembangunan hartanah dan pengurusan hospitaliti, kami akan membuat pertaruhan yang lebih besar dan lebih berani untuk mempercepatkan pertumbuhan dan mewujudkan impak yang yang berkekalan dalam industri hartanah.

“Kami berazam untuk memulihkan Kumpulan dan meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaan.

“Dari segi hartanah, kami telah memulakan perbincangan awal dengan bakal rakan kongsi untuk meneroka peluang membangunkan projek perbandaran mega dan hartanah perindustrian di Malaysia.

“Saya percaya permintaan akan meningkat untuk projek-projek ini berikutan tarikan unik Malaysia sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI),” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI