fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Majistret tegur jangan tunjuk hebat di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faizul ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KLANG – Seorang pekerja bengkel ditegur agar tidak terlalu bertindak sesuka hati dengan ‘menunjuk’ hebat di jalanan seperti dilakukan ketika membelasah seorang penghantar makanan sehingga cedera parah, Ahad lalu.

Teguran keras diberikan Majistret Siti Zubaidah Mahat terhadap tertuduh, Mohd. Faizul Nazri,39, sebelum menjatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000.

Hukuman itu diberikan mahkamah selepas Mohd. Faizul mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Tertuduh juga diperintah menjalani tambahan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Siti Zubaidah dalam penghakimannya juga berharap tertuduh mengambil iktibar terhadap kejadian itu.

“Jangan nak ikut perasaan dan ingin tunjuk hebat di jalan raya. Orang buat salah sikit pun, nak bagi (pukul atau belasah).

“Sudahnya, kamu masuk mahkamah hari ini,” tegasnya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Faizul dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah seorang lelaki berusia 21 tahun iaitu patah tulang rahang kelapan sebelah kiri di tepi jalan hadapan lampu isyarat Jalan Langat-Klang pukul 7.15 petang, Ahad lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI