fbpx

Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Rakyat telah menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Berhad.

Menerusi satu kenyataan Bank Rakyat berkata, terbitan itu dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 13 September 2023 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Berhad.

Jelas Bank Rakyat, terbitan tersebut merangkumi dua bahagian iaitu RM300 juta untuk tempoh tiga tahun dan RM700 juta untuk tempoh lima tahun.

“Bank Rakyat juga berjaya memperoleh permintaan yang menggalakkan bagi Sukuk Wakalah Senior dengan bidaan sebanyak 2.11 kali daripada jumlah terbitan sebenar.

“Jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Wakalah Senior berkenaan akan dimanfaatkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan perbankan patuh syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am,”katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Bank Rakyat memaklumkan pihaknya telah melantik Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Wakalah tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI