fbpx

12 lagi lelaki ditahan kes pergaduhan tunda kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 12 lagi individu ditahan selepas disyaki bergaduh dalam urusan menunda kenderaan kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 lagi individu ditahan selepas disyaki bergaduh dalam urusan menunda kenderaan kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dengan penambahan tangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini adalah seramai 22 orang.

“Kesemua 12 individu terbaharu itu telah berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara, petang semalam.

“Kesemua suspek yang ditangkap berusia lingkungan antara 20 hingga 35 tahun disyaki terlibat dalam pergaduhan perebutan tunda kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara.

“Tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, kesemua tangkapan itu telah berjaya diperolehi perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober bagi membantu siasatan lanjut polis.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan 10 lelaki ditahan reman selepas disyaki terlibat dengan insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan.

Satu makluman diterima polis daripada orang awam mengenai satu kes rusuhan melibatkan beberapa individu yang menggunakan senjata pada pukul 1.37 pagi, Isnin lagi.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan dua pihak yang mahu menunda (towing) kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI