fbpx

Piala AFC: TFC mahu bawa pulang tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC sudah melupakan kekalahan kepada Selangor sebelum ini dan memberikan fokus untuk aksi menentang Bali United malam ini. - FB TFC

TERENGGANU FC (TFC) optimis dapat membawa pulang mata berharga dalam aksi Kumpulan G Piala AFC bertemu Bali United di Stadium Kapten Wayan Dipta malam ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, kehadiran semula beberapa tonggak yang direhatkan sewaktu saingan Liga Super menjadi sandaran buat Sang Penyu memburu kemenangan.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, antaranya pemain sayap, Sony Norde dan penjaga gol utama, Mohd. Suhaimi Husin yang akan kembali memperkuatkan kesebelasan utama TFC.

“Kami berhasrat meneruskan rentak kemenangan selepas bermula dengan langkah kanan mengalahkan juara Australia, Central Coast Mariners pada akhir bulan lalu.

“Saya sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama dengan kepulangan beberapa tonggak utama untuk diturunkan pada aksi menentang Bali United pada lusa (esok),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, Bali United merupakan pasukan yang baik setelah mengalahkan Stallion Laguna FC, 5-2 baru-baru ini.

“Sekiranya anak buah saya dapat memberikan persembahan 100 peratus, kami boleh meraih keputusan positif sekurang-kurangnya satu mata dari tempat lawan.

“Motivasi mereka masih pada tahap terbaik meskipun diaibkan kekalahan 0-4 di tangan Selangor dalam saingan Liga Super, Jumaat lalu,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI