fbpx

Al Sultan Abdullah perkenan lantik 15 Ketua Perwakilan Diplomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik seramai 15 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia baharu termasuk perwakilan ke China, Rusia dan India.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, pelantikan berkenaan diadakan dalam satu Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap di Istana Negara hari ini.

“Antara dilantik ialah bekas Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Norman Muhamad yang bakal menjadi Duta Malaysia ke China; bekas Duta Besar Malaysia ke Hungary, Datuk Cheong Loon Lai (Persekutuan Rusia) dan bekas Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Sharrina Abdullah (Australia).

“Turut dilantik ialah bekas Duta Besar Malaysia ke Venezuela, Muzafar Shah Mustafa (India); bekas Duta Besar Malaysia ke Argentina, Datuk Mohd. Khalid Abbasi Ab. Razak (Belgium); bekas Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan, Roseli Abdul (Belanda) dan bekas Perwakilan Malaysia ke Berlin, Rus Shazila Osman (Afrika Selatan),” katanya di sini tadi.

Kata Kementerian Luar lagi, lantikan itu turut melibatkan bekas Setiausaha Bahagian Amerika, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid yang bakal dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Ireland.

“Selain itu, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Komuniti Ekonomi ASEAN, Mohd. Suhaimi Ahmad Tajuddin (Turkmenistan); bekas Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Singapura, Jamal Sharifuddin Johan (Mexico); bekas Perwakilan Malaysia ke Kanada, Muhammad Radzi Jamaludin (Cuba) dan bekas Perwakilan Malaysia ke Dakar, Kamrizamil Mohd. Riza (Arzerbaijan).

“Bekas Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awan, Hamizan Hashim dilantik sebagai Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea; bekas Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Tokyo, Nor Azam Mohd. Idrus (Fiji) dan bekas Perwakilan Malaysia ke Geneva, Zahis Rastam (Itali),” jelasnya.

Pada masa sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir turut menyerahkan surat pelantikan kepada Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Datuk Nadzirah Osman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI