fbpx

[VIDEO] Pembuli jalan pukul ‘rider’ ditangkap, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi pembuli jalan yang menumbuk rusuk mangsa di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat - Klang.

KLANG – Seramai tiga lelaki termasuk seorang daripadanya yang tular membelasah seorang pemuda di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, di sini, akhirnya diberkas polis, semalam.

Kesemua suspek yang berusia 28 hingga 39 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 6.30 petang sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, semakan mendapati kesemua suspek juga mempunyai dua rekod lampau dadah.

“Ujian saringan mendapati suspek utama berusia 39 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Justeru, kata Hoong Fong, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemuda cedera di bibir, tulang rusuk dan kaki selepas dipukul dan ditendang pembuli jalanan kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam, mangsa yang berusia 21 tahun turut mengalami kerugian sebanyak RM250 apabila ‘cover set’ motosikalnya rosak akibat ditendang suspek. Insiden tersebut turut tular di laman sosial menerusi video berdurasi satu minit lima saat. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI