fbpx

Tiada rombakan Kabinet esok – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis penutup Forum Khazanah Megatrends (KMF) di Hotel Mandarin Oriantal Kuala Lumpur, hari ini. AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tidak akan berlaku rombakan Kabinet esok seperti mana yang telah dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan hari ini.

Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini hanya bagi mempersembah isi mesyuarat Kabinet esok.

“Tidak ada apa-apa berlaku esok (rombakan Kabinet), hari ini saya mengadap Tuanku untuk berbincang mengenai mesyuarat Kabinet esok. Tidak ada kaitan lagi dengan perubahan Jemaah Menteri.

“Saya akan ke Sabah selepas mesyuarat Kabinet esok dan kemudiannya akan ke Abu Dhabi,” kata beliau ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Forum Khazanah Megatrends (KMF) sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI