fbpx

Pelarian di Malaysia cecah 109,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDIN NASUTION (empat dari kanan) meninjau depot Imigresen Kemayan di Bera hari ini.

BERA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bagi mendapatka data lengkap mengenai jumlah pelarian di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama itu bertujuan memudahkan proses pengurusan pelarian sebelum dipindahkan ke negara ketiga.

“Saya berada di Washington minggu lepas untuk bertemu dengan Pesuruhjaya UNHCR. Pada prinsipnya UNHCR bersedia untuk berkongsi data dengan kita.

“Data UNHCR menunjukkan pelarian di negara ini mencecah 109,000 orang, berbanding data pihak ketiga lantikan Jabatan Imigresen (JIM) iaitu hampir 40,000 pelarian yang juga pemegang kad UNHCR direkodkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Depot Imigresen Kemayan, di sini hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua data itu menunjukkan jurang perbezaan yang sangat signifikan dan amat berguna sekiranya pihak UNHCR dapat berkongsi agar dapat mengenal pasti pelarian untuk memudah cara pengurusan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, depot tahanan yang menempatkan 499 tahanan lelaki, 112 tahanan wanita dan 25 kanak-kanak itu masih dalam proses pembinaan fasa dua dan dijangka siap pada 30 April 2025.

“Sebelum ini, kapasiti maksimum tahanan adalah 450 orang. Dengan fasiliti baharu ini, kapasiti tahanan bertambah kepada 950 orang dengan kekuatan kakitangan 89 orang buat masa ini,” jelasnya.

Sementara itu, Saifuddin menjelaskan tidak berlaku kesesakan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di semua depot tahanan di seluruh negara.

Sehingga 28 September lalu, JIM merekodkan seramai 11,342 tahanan ditempatkan di depot imigresen seluruh Malaysia dengan 46,150 tahanan dihantar ke negara asal masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI