fbpx

Pelajar UMPSA terkorban digilis lori ketika ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang meragut nyawa Asniza di Kilometer 119, Johor Bahru – Melaka berhampiran Tanjung Laboh, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Hasrat seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA), Kuantan, Pahang untuk menggenggam segulung ijazah tidak kesempaian apabila dia terkorban dalam nahas di Kilometer 119, Johor Bahru – Melaka berhampiran Tanjung Laboh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Asniza Adek @ Che Ahmad, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis lori.

Arwah Asniza

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal seorang siri dipercayai melanggar sebuah kereta yang rosak di bahu jalan terbabit.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke tengah jalan dan pada masa yang sama datang sebuah lori lalu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Lapis Gantung, Sri Merlong, Johor itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI