fbpx

Kemerosotan ketara, Astro Go Shop tutup 11 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Go Shop akan dihentikan bermula 11 Oktober 2023

PETALING JAYA – Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) akan menghentikan operasi Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) yang mengendalikan perniagaan beli belah di rumah di bawah jenama ‘Go Shop’ bermula 11 Oktober ini.

Astro dalam satu kenyataan berkata, langkah itu telah diputuskan bersama rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) berikutan landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna.

“Sebagai sebahagian daripada penjajaran semula strategik yang sedang dijalankan dalam Astro, termasuk pelaksanaan langkah penjimatan kos yang ketara, kedua-dua pihak telah mengambil keputusan untuk keluar dari perniagaan.

“Terdapat kemerosotan yang ketara dalam mod beli belah ini sejak pandemik dan penutupan akan memastikan sumber Astro tertumpu pada bidang perniagaan yang menyumbang perbezaan terbesar kepada operasi keseluruhan,” katanya.

Go Shop tidak dianggap sebagai subsidiari material Astro dan tidak dijangka mempunyai kesan material ke atas pendapatan sesaham disatukan, aset bersih sesaham atau gearing untuk tahun kewangan 2024.

“Go Shop ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan padu mereka sejak beberapa tahun lalu.

“Syarikat juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Go Shop atas semangat dan dedikasi mereka terhadap jenama selama bertahun-tahun,” katanya.

Astro Go Shop sebelum ini boleh ditonton menerusi siaran CH111, CH118 dan CH303 bagi pelanggan televisyen berbayar, Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI