fbpx

Dr. Noor Hisham kembali ke bilik bedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dimuat naik Dr. Noor Hisham di Facebook

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kembali bertugas sebagai pakar bedah di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, beliau akan memulakan sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan bertugas di klinik pada setiap hari Selasa.

“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa, Insha-Allah,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Institut Endokrin meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil, unit rawatan rapi dengan 10 katil untuk dewasa dan lapan pediatrik.

Ia turut mempunyai dewan bedah hibrid Neuro-Endokrin Berintegrasi serta empat dewan bedah yang telah pun mula beroperasi pada minggu lepas.

Sebelum ini, Dr. Noor Hisham merupakan antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik Covid-19.

Sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan, beliau juga dijulang sebagai ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI