fbpx

760 pelajar daftar Ijazah Sarjana Muda 2023/2024 di UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mardzuki (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang pelajar baharu selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Sesi 2023/2024 di UPNM, Sungai Besi, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 760 orang pelajar baharu telah mendaftar secara rasmi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 462 orang pelajar lelaki dan 298 orang pelajar perempuan.

Semua mereka telah melafazkan bacaan ikrar sebagai pelajar di Majlis Perasmian dan Bacaan Ikrar Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD), di Dewan Zulfaqar UPNM, hari ini.

Naib Canselor UPNM, Lt Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dalam ucapannya menegaskan, lafaz ikrar dan sumpah keramat siswa itu perlu dihayati dan direalisasikan sebaik mungkin.

“Ia perlu dihayati sepenuh jiwa, difahami dan diikuti sehingga tiba saat anda menerima segulung ijazah kelak.

“Jangan mengambil enteng akan bait-bait lafaz ikrar tersebut, kerana ia akan menjadi panduan untuk menggapai kecemerlangan,” katanya.

Katanya lagi, Program MPJD dikhususkan kepada para pelajar baharu bermula Ahad lalu dan berakhir pada 5 Oktober ini bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan kehidupan di kampus.

“Di samping itu dapat juga perkenalkan mereka dengan bidang-bidang pengajian di UPNM dan mengikuti aktiviti yang dirancang,” katanya sekali gus merasmikan majlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI