fbpx

PRK Pelangai: Pelik ada aduan polis beri kawalan keselamatan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan tiada sebarang laporan diterima membabitkan sebuah parti politik dihalang polis untuk berkempen bagi mendekati rakyat.

Bagaimanapun, kata Saifuddin, pihaknya ada menerima aduan berhubung kehadiran polis di lokasi bagi memberi kawalan keselamatan.

“Buat masa sekarang tak ada sebarang laporan yang membabitkan sebuah parti dihalang oleh polis.

“Yang diadu adalah polis hadir memberi kawalan keselamatan. Yang itu punya aduan pelik sikit,” katanya pada sidang akhbar Program KDN Madani di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pas berhubung kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam pelbagai aktiviti kempen dianjurkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Justeru, Safuddin berkata, polis kekal profesional sebagai agensi penguat kuasa terbesar dalam negara dan menasihatkan orang ramai agar tidak risau dengan keberadaan pihak berkuasa.

“Asal saja pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya tidak membangkitkan sentimen sensitif, tidak mengapi-apikan semangat yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketenteraman hidup, rakyat tak perlu bimbang apa-apa.

“Yang paling penting adalah peluang untuk setiap parti mendekati rakyat yang merupakan pengundi tak terhalang. Tugas tugas polis adalah jaga keselamatan dan tugas parti, kempen untuk dapatkan sokongan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI