fbpx

Remaja baru tamat sekolah mengaku raba kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang pemuda berdepan dengan hukuman penjara 40 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, Ahad lalu.

Tertuduh Muhammad Alif Al Hadi Hasman, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Keputusan hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditangguhkan pada tarikh 7 November depan bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun antara pukul 2 pagi sehingga 4 pagi di dalam bilik sebuah rumah di Krubong, dalam daerah Melaka Tengah 24 September lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen kanun yang sama bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nora Yaacob, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan belum bekerja dan masih ditanggung ibunya, manakala bapanya sakit.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Elesabet kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 beserta syarat tambahan untuk tidak menghubungi atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI