fbpx

Pastikan sikap saling menghormati utuh – Tuanku Muhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengetuai perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1445 Hijrah yang diadakan bermula di Padang Majlis Bandaraya Seremban di sini pagi tadi.

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menyeru kepada semua pemimpin dan rakyat di negeri ini untuk terus menyemai dan memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan sikap saling menghormati antara satu sama lain kekal utuh.

Titah baginda, Rasulullah SAW juga telah menjadikan tali persahabatan dan persaudaraan sejak mula menegakkan negara Islam Madinah sehingga termeterainya Piagam Madinah dan ia perlu dijadikan contoh terbaik kepada semua lapisan masyarakat, khususnya para pemimpin.

Menurut baginda lagi, antara matlamat Rasul adalah untuk menyatukan umat daripada pelbagai kaum dan bangsa agar semuanya kembali kepada tuhan yang maha esa dengan penuh hikmah dan rahmah.

“Rasulullah SAW menyampaikan risalah dakwah sehingga akhirnya wujud perpaduan yang mapan. Oleh itu, umat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan, akan menjadi umat yang berkualiti.

“Rasulullah SAW juga telah menjadikan tali persahabatan dan persaudaraan sejak mula menegakkan negara Islam Madinah sehingga termeterainya Piagam Madinah. Justeru, semua pemimpin dan rakyat di negeri ini perlu terus menyemai benih perpaduan dan memperkukuhkannya sehingga perasaan saling menghormati antara satu sama lain kekal utuh,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian ketika mencemar duli ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1445 Hijrah yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban di sini pagi ini.

Turut berangkat hadir mencemar duli ke majlis tersebut ialah, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Baginda berdua turut berkenan untuk menyertai perarakan sempena majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI