fbpx

Keluarga Diraja Johor sambut Maulidur Rasul bersama rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL berkenan berangkat berarak dalam sambutan Maulidur Rashl di Masjid Sultan Ibrahim, Muar hari ini.

MUAR – Keluarga DiRaja Johor berkenan berangkat menyambut Maulidur Rasul Tahun 1445 Hijrah/2023M bersama rakyat, di beberapa lokasi negeri ini, di sini, hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor bersama lebih 3,000 jemaah di Masjid Sultan Ibrahim, Muar.

Tunku Ismail berangkat sebagai wakil rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid dan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

Sementara itu, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Segamat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Bandar Segamat.

Manakala Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Tangkak bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Bandar Tangkak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI