fbpx

Budak perempuan enggan dibebani kerja rumah setelah berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhiyuan membebel ketika disoal ibunya sambil mencuci pinggan. - SCMP

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan di China tular selepas memberitahu ibunya bahawa dia mahu berkahwin dengan suami yang tidak menyuruhnya melakukan kerja rumah, lapor portal berita South China Morning Post hari ini. 

Dalam klip video yang dirakam oleh ibunya, budak perempuan bernama Fan Zhiyuan itu kelihatan sedang mencuci pinggan di dapur sambil memakai apron.

“Kamu rajin buat kerja rumah. Adakah kamu akan keletihan suatu hari nanti apabila berkahwin?” tanya ibunya.

Zhiyuan kemudian menjawab dengan tergagap-gagap.

“Saya suka membuat kerja rumah di rumah ini. Saya akan menjadi malas sekiranya membina keluarga dengan bakal suami saya.

“Bakal suami saya akan menyayangi saya. Saya bijak bukan seperti anda (ibu), mencari suami yang tidak memahami anda,” katanya sambil terus mencuci pinggan.

Si ibu ketawa tanpa berkata apa-apa. Zhiyuan terus membasuh pinggan sebelum menoleh ke arah ibunya dengan tersenyum lebar.

Zhiyuan kemudian berkata bahawa ibunya mempunyai seorang anak perempuan yang manis dan dia merasakan kasih sayang setiap kali ibunya memanggil namanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI