fbpx

[VIDEO] Kampung Iboi dilanda banjir lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah penduduk di Kampung Iboi, Baling yang terletak di kawasan rendah telah dinaiki air.

BALING – Beberapa kawasan di Kampung Iboi, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak pukul 6 petang tadi.

Kawasan jalan dan rumah penduduk yang terletak di kawasan rendah dilimpahi air dengan arus deras.

Ahli Jawatankuasa Kebajikan Amal Kampung Iboi, Mohd. Isa Mustapa, 28, berkata, arus Sungai Kupang juga didapati semakin besar dan deras.

“Ada sesetengah tempat yang rendah telah dimasuki air yang datang dari pelbagai arah termasuk kawasan berbukit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ahli kebajikan amal membantu penduduk kampung mengalihkan kenderaan ke tempat selamat.

“Penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai juga diarahkan keluar dari rumah masing-masing ke tempat lebih selamat kerana bimbang kemungkinan banjir besar akan berlaku lagi.

“Kami mengarahkan penduduk yang terlibat dengan banjir segera berpindah dan berlindung di Sekolah Kebangsaan Iboi walaupun pusat pemindahan sementara (PPS) belum dibuka lagi.

“Kemungkinan PPS dibuka sekiranya hujan masih turun dan air sungai melimpah ke tebing sungai memasuki rumah penduduk kampung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI