fbpx

KJ setuju pencen Ahli Parlimen, penjawat awam dimansuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika sesi podcast Keluar Sekejap malam tadi.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen Ahli Parlimen serta penjawat awam sepertimana dicadangkan sebahagian pakar ekonomi sebelum ini.

Katanya, langkah itu adalah mekanisme terbaik bagi mengimbangi fiskal negara dengan menukarkannya kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin juga bersedia sekiranya pencen beliau ditukar mengikut pembaharuan tersebut.

“Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.

“Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi, yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya. GST masih lagi tunggu dan lihat.

“Ketiga, adalah untuk hentikan pencen melibatkan penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap malam tadi.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin menegaskan pemansuhan itu harus dilakukan segera dan jika tidak, situasi tersebut akan terus memberi kesan kepada kewangan negara.

Tambahnya, pihak kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam tempoh masa 10 tahun akan datang sekiranya perkara ini gagal dihapuskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI