fbpx

Ibu bapa, guru gembira murid boleh nikmati tandas selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tandas sebuah sekolah setelah dibaik pulih yang dikongsikan oleh seorang guru di laman Twitter.

PETALING JAYA – Ibu bapa dan guru kini boleh menarik nafas lega kerana anak masing-masing boleh menikmati tandas lebih selesa setelah dibaik pulih menggunakan peruntukan  Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut hantaran seorang guru di X (Twitter), inisiatif yang dilaksanakan KPM itu merupakan satu usaha progresif yang disambut baik guru dan mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa.

Dalam hantaran sama, guru itu turut berkongsi gambar tandas beberapa buah sekolah sebelum dan selepas renovasi.

“Saya telah membuat hantaran di dalam group (kumpulan) Kami Guru Malaysia (KGM) dan kebanyakan mereka memberikan respons positif terhadap usaha renovasi tandas di sekolah-sekolah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna X meluahkan rasa teruja melihat perubahan tandas sekolah yang nampak lebih cantik dan selesa selepas dibaik pulih.

“Keadaan tandas sekolah sebelum ini memang kritikal. Bila ada projek sebegini, guru dan ibu bapa boleh tarik nafas lega dan tumpang gembira.

“Bagaimanapun, untuk kekalkan keadaan tandas tersebut, tanggungjawab itu jatuh pula pada bahu para guru,” kata Hafiz.

“Saya adalah antara ibu bapa yang sangat gembira dengan perubahan ini sebab anak-anak selalu mengadu terpaksa tahan buang air kecil kerana kondisi tandas yang teruk.

“Tetapi sekarang, tandas sudah cantik. Hampir setiap sekolah ada orang yang bersihkan tandas. Semoga anak-anak dapat menguruskan diri dgn tenang,” kata Zuli.

“Cantiknya tandas. Dulu masa belajar, tandas lampunya malap sahaja,” kata Nabila.

Terdahulu, media melaporkan, KPM mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.

KPM dalam masa sama, memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas untuk keselesaan setiap pelajar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI