fbpx

Penjual buah maut kena tikam di Taman OUG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang penjual buah ditemui maut dengan kesan tikaman di hadapan rumah dua tingkat di kawasan Taman OUG, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan penemuan satu mayat pada pukul 7.40 petang.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 80 tahun, mangsa juga merupakan peniaga buah-buahan.

“Terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian badan dan muka mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, saksi yang merupakan penyewa rumah di lokasi kejadian memaklumkan mangsa kerap datang ke rumah tersebut untuk mengambil buah-buahan bagi tujuan dijual ke pasar pagi.

“Hasil daripada risikan yang dijalankan, seramai empat suspek lingkungan usia 29 hingga 53 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelas Amihizam, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung video tular ini. Kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI