fbpx

Semua perlu makan, kerjasama tanam padi – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga dari kiri) beramah mesra dengan penerima Geran Usahawan pada Majlis KHIDMAD 2023 di Institut Latihan FAMA Port Dickson hari ini. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Kerajaan negeri dialu-alukan memberikan kerjasama untuk membangunkan kawasan tanaman padi di negeri masing-masing bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, terdapat beberapa negeri yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan tanaman padi antaranya di Sabah, Sarawak dan turut tidak ketinggalan kawasan sawah terbiar di Negeri Sembilan.

“Masalah sekuriti ini, dia bukan tanggungjawab satu kementerian, sekarang sekurang-kurangnya lima kementerian berfikir masalah keterjaminan makanan… kerajaan negeri punya tanah, mereka mesti bekerjasama tak kiralah pembangkang atau pemerintah.

“Soal makanan, tiadalah orang ni perlu, pembangkang tak perlu makan, pemerintah tak perlu makan, dia semua perlu. Saya nampak Sabah, Sarawak dan di Kedah saya sebut tadi iaitu kita nak meningkatkan sistem pengairan.

“Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kita bantu sistem pengairan supaya dapat buat padi lima musim dua tahun. Tapi dia tak bolehlah kita lancarkan tahun ini, tahun depan akan berjaya. Infrastrukturnya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga, empat tahun dari sekarang,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen Himpunan dan Deklarasi Usahawan Agro Madani (KHIDMAD) 2023 di Institut Latihan FAMA Port Dickson, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Program Jualan Agro Madani mencatatkan nilai jualan sebanyak RM43.5 juta di 2,282 lokasi seluruh negara membabitkan seramai 34,123 usahawan sekali gus telah mencatatkan nilai penjimatan sebanyak RM13.05 juta kepada 4.56 juta isi rumah.

“Tujuan Jualan Agro Madani adalah fokus untuk memberi pilihan kepada golongan B40 untuk mendapatkan bekalan makanan pada harga yang dapat memberi penjimatan sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.

Menurutnya, kementeriannya kini menyasarkan 5,000 lokasi penganjuran Jualan Agro Madani di seluruh negara pada tahun ini dengan melibatkan penyertaan 46,000 orang usahawan dan nilai jualan RM39 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI