fbpx

Dewan Negara: Pembangunan kerangka REE akan dibincangkan minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Parlimen, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa negeri (Kerajaan Negeri) berhubung pembangunan kerangka unsur nadir bumi (REE).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan yang akan diadakan minggu depan itu antara lain membincangkan kawasan berpotensi untuk diteroka tanpa mengganggu ekosistem hutan simpan kekal.

Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada aspek pemprosesan yang perlu dibuat dalam negara.

Ini kerana katanya, berdasarkan data Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), dianggarkan sebanyak 80 peratis kawasan berpotensi bagi perlombongan nadir bumi berada di luar HSK.

“Jadi kita minta kalau boleh tumpukan terlebih dahulu di kawasan itu sebelum sentuh hutan simpan kekal. Benar kita boleh buat sustainable mining (perlombongan secara mampan) dan sebagainya tetapi kita minta perkara ini diperhalusi terlebih dahulu.

“Kita khuatir sekiranya tidak dipantau dengan baik ia akan beri kesan kepada hutan kita yang merupakan antara (hutan) tertua di dunia dan nak pulih semula akan ambil masa yang sangat lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, pihaknya juga sedang dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Jelasnya, melalui kajian tersebut, Malaysia diyakini mempunyai potensi yang besar untuk terlibat secara langsung dalam industri di peringkat hiliran sebagai salah satu negara pengeluar super magnet di dunia khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik.

“Namun demikian, ia hanya boleh direalisasikan dengan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber RE Carbonate yang dihasilkan oleh lombong-lombong tempatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI