fbpx

[VIDEO] Ibu teruja, rakam setiap aktiviti anak masuk universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan keterujaan seorang ibu ketika menghantar anaknya masuk universiti.

PETALING JAYA – Keterujaan seorang ibu ketika menghantar anak bongsunya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan tular di laman media sosial, hari ini.

Melalui video berdurasi 13 saat itu, wanita tersebut dilihat mengambil gambar serta video setiap aktiviti yang dilakukan oleh anaknya menggunakan telefon bimbit yang dipasang pada sebatang monopod.

“Macam inilah bila anak bongsu masuk universiti,” kata pengguna yang memuat naik video tersebut di ruangan kapsyen.

Menurut komen netizen, perbezaan layanan seorang ibu terhadap anak bongsu berbanding anak-anak yang lain bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.

Dalam pada itu, ada juga yang sempat mengimbau semula pengalaman ketika pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.

“Nampak sangat anak kesayangan ni,” kata Iqah.

“Untung awak. Mak saya dulu, lepas hantar saya dia terus pergi bercuti dan jalan-jalan,” kata seorang pengguna.

“Nanti balik rumah, mesti mak belek satu-satu gambar anak dia untuk ubat rindu,” kata Iman.

“Kalau anak sulung, dari masuk asrama sampailah universiti dibiar berdikari sahaja. Tapi bila sampai giliran adik-adik, sampai pasangkan cadar siap-siap ya,” kata Bunga.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 98,600 tanda suka dan 1,565 komen. – KOSMO! ONLINE

@syiw4h tak sangka kot anak dia masuk uni 🤭 #jk ♬ original sound – MORE ENERGY 😎

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI