fbpx

Perak angkat semula tarian dabus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Yee bercakap pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Perak akan mengangkat kembali tarian dabus sebagai imej warisan negeri itu yang dilihat sudah tidak popular dan kurang diketahui oleh orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, perkara ini akan diberikan perhatian oleh pihaknya supaya tarian itu dapat diketengahkan ke persada yang lebih tinggi.

Beliau mahu mengesyorkan seni budaya tersebut kepada agensi kesenian dan pelancongan agar tarian yang berasal dari Perak itu menjadi daya tarikan negeri.

Baginya, tarian itu mempunyai nilai dan keunikan tersendiri kerana hanya ada di Perak sahaja.

“Satu daripada warisan yang saya cukup bangga yang ada di negeri Perak dan lain daripada yang lain ialah tarian dabus. Saya mengambil kesempatan ini untuk menguar-uarkan tarian Dabus.

“Tarian Dabus cuma ada di negeri Perak sahaja. Tiada (tempat) lain,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Berhanudin Ahmad (Pas-Manong) yang bertanyakan tentang produk pelancongan warisan negeri Perak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurut maklumat dalam laman sesawang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, dabus adalah antara tarian tradisional di Perak yang mampu bertahan sejak lebih 300 tahun lalu.

Kesenian itu dikatakan menggabungkan elemen muzik, nyanyian, tarian serta keberanian, dan biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian.

Berkenaan Tahun Melawat Perak 2024, kerajaan negeri meletakkan sasaran menarik kemasukan lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa dengan sasaran pendapatan RM10 bilion melalui resit pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI