fbpx

Kes bunuh warga Sri Lanka: Suspek dipercayai masih dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen menunjukkan wajah dua suspek utama untuk kes pembunuhan di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesan dua lagi individu disyaki terlibat dalam pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kovil Hilir, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya yakin bahawa dua suspek utama itu masih berada dalam negara.

“Setakat ini, dua individu yang juga suami isteri warga Sri Lanka masih ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian belum dapat dikenal pasti kerana suspek utama belum diberkas namun kita percaya dapat menyelesaikan kes ini segera.

“Siasatan awal menunjukkan kejadian tidak berkait dengan isu di negara asal mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu pada Sabtu, Kosmo! melaporkan tiga mayat ditemui dalam keadaan mengaibkan selepas polis menerima panggilan berhubung pergaduhan di sebuah rumah kedai, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir.

Lebih memilukan, ketiga-tiga mayat itu diletakkan dalam keadaan bertindan, diikat kaki dan tangan, manakala kepala mereka ditutup dengan plastik. Salah satu mayat itu ditemui dalam keadaan bogel.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI