fbpx

Ctah mahu kuasai industri air minuman bertenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nasyriq mengaku mencuba hampir semua jenis minuman tenaga di pasaran dalam proses pembangunan Ctah.

SHAH ALAM – Di sebalik proses kajian dan pembangunan yang dilaksanakan oleh makmal dan kilang, usahawan juga sering terlibat melakukan pelbagai percubaan terhadap produk yang akan dilancarkan di pasaran secara sendiri, mahupun melibatkan anggota keluarga.

Ini bertujuan memastikan kualiti produk berada pada tahap tertinggi, seterusnya mampu memenuhi permintaan pasaran.

Bagi Pengasas syarikat Nasmie Group Sdn. Bhd. (Nasmie), Muhammad Nasyriq Nawawi, pengalaman mencuba ratusan air minuman di pasaran bukan sahaja yang dijual di Malaysia, malah di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia memberi satu cabaran tersendiri bagi mencari idea baharu dalam pengeluaran produk minuman.

“Tanyalah apa sahaja jenama air minuman (bertenaga) di pasaran yang saya tidak minum, boleh dikatakan semua telah saya rasa sehingga ada yang menyebabkan saya terlena beberapa jam akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau menceritakan pengalaman tersebut ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk minuman terbaharu syarikat iaitu Ctah di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran Ctah diadakan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam baru-baru ini.

Muhammad Nasyriq menjelaskan, proses kemasukan air minuman tenaga Ctah ke pasaran pada bulan ini sebenarnya mengambil masa selama dua tahun, dengan mengambil kira cabaran pandemik.

Pada masa sama, beliau beranggapan tempoh Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan te­lah memberi ruang kepadanya untuk menambah ilmu dan mene­laah mengenai produk minuman baharunya, selain membuat pelbagai kajian bagi menghasilkan produk terbaik untuk pe­langgan.

Fokus utama kajian dilakukan pihaknya adalah berkaitan bahan semula jadi yang digunakan selain bagi memastikan tenaga daripada air minuman tersebut bukanlah semata-mata daripada sumber gula yang terkandung di dalamnya.

Muhammad Nasyriq mengambil inspirasi daripada ketangkasan cheetah sebagai binatang darat terpantas di dunia dalam membangunkan produk Ctah, yang menelan kos sehingga RM100,000 daripada dana simpanannya sendiri.

Sehubungan pelancaran itu, beliau bakal melaksanakan kempen promosi jualan besar-be­saran di pelbagai platform baik di media sosial dan elektronik, mahupun secara luar talian.

Muhammad Nasyriq me­nyasarkan jualan sehingga lebih 5,000 karton sebulan sehingga akhir tahun ini, yang mana setiap karton memiliki enam tin minuman Ctah. Harga promosi jualan runcit pada masa sekarang ditetapkan pada RM3.30 setin.

Produk minuman yang enak diminum dengan rasa masam-masam manis seperti air minuman buah-buahan citrus itu kini ditawarkan di semua platform e-dagang dan juga di kedai serbaneka.

Muhammad Nasyriq bersama isteri yang banyak membantu menguruskan perjalanan syarikat.

“Kami mahu melantik kira-kira 10,000 ejen untuk menjual produk minuman ini sebagai usa­ha meningkatkan jualan syarikat dan dalam masa yang sama membantu peniaga menambah duit poket bulanan,” jelasnya.

Lebih menarik, Nasmie turut menerima sokongan daripada kenalan dan rakan niaga dari negara jiran untuk membawa produk minuman itu ke Indonesia, selain ke Asia Barat dan Afrika tidak lama lagi.

Bermula di pasar malam de­ngan menjual produk keluaran syarikat lain memberi pengalaman awal kepada usahawan ini, yang turut terbabit dalam pelbagai cabang bisnes demi kelangsungan hidup.

Perih jerih yang dilaluinya membuatkan hati anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini begitu kental meskipun pernah diuji dengan penipuan sehingga beliau terpaksa menanggung kerugian yang banyak akibat lambakan stok.

Sebagai penyelesaian, Muhammad Nasyriq yang menganggap itu bukan rezekinya mendapat jalan penyelesaian terbaik dengan menyumbang produk tersebut kepada kumpulan memerlukan daripada dibiarkan tidak terjual sehingga tamat tarikh luput.

Jelasnya, hati kecilnya berasa puas selepas stok bekalan produk di pejabat habis disedekahkan meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI