fbpx

Awas, boleh kena penjara kalau ‘cop’ parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah individu yang gemar ‘cop’ parkir sehingga mendatangkan kemudaratan kepada pengguna lain sebenarnya satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.

Menerusi perkongsian peguam, Hafiz Baharuddin di akaun TikTok miliknya, perbuatan itu merupakan satu kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan dibawah Seksyen 50 (3).

“Sekiranya sesiapa didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 ataupun boleh dipenjara selama enam bulan.

“Tetapi kalau buat kesalahan (cop parkir) ini berulang, benda ini akan menjadi lagi berat. Jadi kalau korang nak buat, lupakan sahajalah hajat tu,” ulasnya dalam satu hantaran.

Tegasnya, individu yang disabitkan hukuman penjara itu juga akan mempunyai rekod kekal sebagai banduan.

Lantaran itu, ramai pengguna media sosial yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi tersebut menarik nafas lega kerana boleh menuntut keadilan dengan cara yang baik.

“Baru saya tahu, lain kali saya tahu apa patut saya buat. Tak perlu saya gaduh-gaduh dah,” kata Muhammad Fuzi.

Turut meninggalkan komen ialah Ridzuan Zainuddin yang serik dengan tindakan tidak bermoral itu di kawasan kediamannya.

“Mantap, kat pangsapuri saya banyak kes macam ini, letak kerusi, kon, dan ampai baju,” komennya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI