fbpx

Tindakan bakar al-Quran cetus kebencian – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan umat Islam membantah pembakaran kitab suci al-Quran di Denmark ketika mereka berkumpul di Herat, Afghanistan pada Januari lalu. - Foto AFP

PETALING JAYA – Perbuatan membakar kitab suci al-Quran di beberapa negara sebelum ini adalah tindakan Islamofobia bagi bertujuan mencetuskan kebencian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tidak mengendahkan provokasi terang-terangan terhadap sesuatu agama tidak bertanggungjawab dan menghantar mesej berbahaya kepada kemanusiaan.

“Malaysia bimbang dengan kemunculan ‘bentuk perkauman baharu’ yang dicirikan xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.

“Ini dimanifestasikan dalam trend kebencian membimbangkan, sikap tidak bertoleransi dan tindakan keganasan terhadap umat Islam dan kesucian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di New York hari ini.

Dalam ucapan sama, Anwar berkata, saingan kuasa besar dunia dilihat memberi kesan negatif kepada negara-negara kecil terutama di kawasan konflik.

Menurut beliau, semua negara perlu berlandaskan kembali kepada piagam PBB yang dibawa selama ini dalam membawa keamanan seluruh dunia.

“Kita hidup dalam dunia yang sangat terpolarisasi. Kami melihat persaingan kuasa besar berlaku dengan akibatnya yang akan memberi kesan negatif kepada negara, terutamanya yang lebih kecil, di kawasan konflik.

“Hasilnya ialah kita berhadapan dengan dilema geopolitik dan geostrategik, sementara kuasa besar terus memberi jaminan bahawa pilihan binari tidak dikenakan, namun realiti bagi banyak negara bahawa ia adalah satu-satunya pilihan yang ditawarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI