fbpx

Radzi Jidin nafi terlibat rundingan terus lulus cetak buku J-Qaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini menafikan tuduhan tular di media sosial mendakwa dirinya meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, tuduhan-tuduhan terkandung dalam dalam mesej tular tersebut yang mengaitkan beliau dan isterinya dengan percetakan buku itu adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, isteri beliau juga bukan seorang kerabat diraja dan tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej tular tersebut.

“Dalam tuduhan tersebut, dinyatakan bahawa isteri saya bertindak sebagai proksi, melakui suatu syarikat bernama ART One and Only Enterprise, dan beliau merupakan seorang kerabat diraja bergelar Tengku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Radzi menjelaskan, beliau tiada sebarang kaitan dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sama sekali, tiada sebarang kaitan dengan syarikat ART One and Only dan isteri tiada kaitan dengan syarikat tersebut.

“Perkara ini jelas kepada sesiapa yang sanggup membuat carian ke atas syarikat ART One and Only tersebut.

“Saya menegaskan, bahawa saya tidak pernah meminta atau menerima sama ada secara terus atau melalui mana-mana orang lain sebarang rasuah atau suapan daripada sesiapa pun sama sekali,” ujarnya.

Dakwa Radzi lagi, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap mantan setiausaha politiknya konon atas alasan bahawa dia terlibat dalam perkara ini dan berdasarkan mesej di tular di aplikasi WhatsApp serta media sosial.

“Jelas sekali, pihak SPRM sedang bertindak atas arahan pihak atasan kerana pernyataan-pernyataan saya di Parlimen pada Selasa lalu.

“Jelasnya kepada saya bahawa mesej WhatsApp karut yang tular ini sedang digunakan semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imej saya dan untuk menindas bekas pegawai saya yang tidak bersalah.

“Perkara-perkara seperti mesej WhatsApp karut yang tular dan berunsur fitnah jahat tidak sepatutnya dijadikan dasar penyiasatan tanpa sebarang asas kukuh, khususnya jika pernyataan tersebut dibuat oleh seseorang yang membuat tohmahan melulu secara berselindung,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya kepada sesiapa yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan jahat sama sekali tidak berasas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI