fbpx

Kenderaan ringan dinasihat guna laluan alternatif elak banjir Along Pongsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta tersadai ketika meredah air banjir di kawasan laluan KM15 Jalan Alor Pongsu - Selama pada tengahari di Bagan Serai hari ini. Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

BAGAN SERAI – Kenderaan ringan dinasihatkan untuk mengunakan laluan alternatif iaitu Jalan Changkat Lobak untuk ke Selama mahu pun ke arah Bagan Serai.

Laluan di Kilometer (KM) 15 Jalan Selama – Alor Pongsu itu tidak sesuai untuk digunakan oleh kenderaan ringan pada masa ini ekoran paras air banjir yang melimpah di atas jalan semakin meningkat.

Paras bacaan air di laluan itu sedalam 0.04 hingga 0.38 meter dan tidak sesuai untuk kenderaan ringan termasuk motosikal.

Tinjauan pemberita dikawasan itu mendapati terdapat lapan buah kereta dan tiga buah motosikal tersadai ketika mengharungi air banjir dikawasan jalan itu.

Sementara itu,seramai 35 orang penduduk termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan daripada lapan  keluarga dari Kampung Matang Tengah telah dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Changkat Lobak ekoran kediaman mereka dimasuki air banjir sejak semalam.

Banjir yang berlaku dikawasan ini dipercayai kerana ban tali air dikawasan berhampiran pintu air Kampung Matang Tengah runtuh, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI