fbpx

Sejuta rakyat Malaysia tak bertegur dengan jiran dalam sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Malaysia didapati masih mempunyai sikap kejiranan yang baik, cuma hampir sejuta rakyat yang tidak mesra dengan jiran. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Dalam kesi­bukan menjalani kehidupan seharian dan perubahan gaya hidup, hampir sejuta rakyat Malaysia didapati tidak pernah bersemuka dengan jiran-jiran dalam tempoh sebulan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, seramai 958,808 orang atau 6.5 peratus daripada 14.8 juta responden mengaku tidak pernah mempunyai inte­raksi bersemuka dengan jiran.

“Rakyat Malaysia mempunyai kejiranan yang lebih baik apabila dua perlima (41.4 peratus) terlibat dalam interaksi bersemuka dengan jiran setiap hari, 41.5 peratus pula sekurang-kurangnya sekali seminggu dan 10.6 peratus sekurang-kurang­nya sekali sebulan.

“Namun begitu, 6.5 peratus responden mengaku tidak pernah berinteraksi dengan jiran dalam tempoh sebulan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Statistik itu dikeluarkan Ja­batan Perangkaan Malaysia me­lalui penerbitan Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Hubungan Sosial) berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).

Mohd. Uzir memberitahu, sebanyak 13.8 juta daripada 14.8 juta responden pula didapati terlibat dalam interaksi bersemuka dengan jiran dalam tempoh sebulan.

Katanya, kadar interaksi de­ngan jiran pada setiap hari adalah lebih tinggi di Kelantan (55.8 peratus), Sabah (54.7 peratus), Terengganu (52.8 peratus), Kedah (52.7 peratus), Sarawak (51.0 peratus) dan Perlis (50.4 peratus).

“Antara peratusan tertinggi untuk interaksi seminggu sekali dengan jiran adalah di Pulau Pinang (50.3 peratus), Melaka (47.6 peratus) dan Wilayah Per­sekutuan Putrajaya (47.2 pe­ra­tus).

“Sementara itu, Pakan (98.0 peratus) dan Bukit Mabong (96.3 peratus) di Sarawak dan Tongod, Sabah (97.5 peratus) menonjol sebagai daerah yang paling mesra kerana kadar interaksi dengan jiran pada setiap hari yang tinggi,” ujarnya.

Mohd. Uzir berkata, golo­ngan lelaki pula lebih ramai berinteraksi dengan jiran setiap hari iaitu 3.11 juta orang, sekali se­minggu (3.12 juta orang) dan sekali sebulan (0.8 juta orang).

Katanya, bagaimanapun, go­longan wanita iaitu 480,624 orang didapati lebih ramai berbanding lelaki (478,184 orang) yang tidak berinteraksi dengan jiran dalam sebulan.

“Penduduk berumur 15 hingga 64 tahun berinteraksi dengan jiran sekurang-kurangnya sekali seminggu (41.9 peratus) adalah paling ramai, manakala penduduk berumur 65 tahun dan lebih kebanyakannya bertegur sapa setiap hari (46.7 peratus).

“Bumiputera (Melayu dan Bumiputera lain-lain) keba­nya­kannya berinteraksi de­ngan jiran setiap hari (47.7 peratus), manakala Cina (44.4 peratus) dan India (45.9 peratus) kebanyakannya berinte­raksi se­­kurang-kurangnya sekali se­ming­­gu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI