fbpx

Kes Ebit Lew Mondy: Polis masih perlukan keterangan saksi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew dan Mondy Tatto.

KUALA LUMPUR – Keterangan beberapa saksi diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan dakwaan rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew dan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, sejurus sahaja lengkap siasatan pihaknya akan dirujuk pada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Setakat ini kita telah rakam keterangan 13 individu. Kita masih ada beberapa saksi dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Lengkap sahaja kertas siasatan, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

S Sasikala Devi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan Ebit Lew turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kata beliau, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya.

“Setakat ini polis telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Inteview’

“Selain satu lagi laporan polis penafian terhadap kes rogol,” katanya.

Menurut beliau, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Selasa lalu, media melaporkan polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI