fbpx

Murid dibenar pakai pakaian tradisi ketika aktiviti kebudayaan, kesenian – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan pemakaian pakaian tradisi mengikut kaum dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian melibatkan murid-murid di institusi pendidikan di bawah kementerian berkenaan.

KPM dalam kenyataan berkata, ia adalah selaras Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan di Sekolah-sekolah, murid-murid dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Katanya, merujuk kepada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa portal berita, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.

“Penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

“Murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain.

“Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah kenyataan itu, KPM sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI