fbpx

Laluan LPT1 ‘merekah’ dibuka 6 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER NANTA LINGGI meninjau kerja-kerja pembaikan di Kilometer 117.8 hingga kilometer 117.9 LPT1 di Temerloh, hari ini.

TEMERLOH – Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) yang ditutup di kilometer 117.8 hingga kilometer 117.9 arah barat akan dibuka semula selewat-lewatnya pada pukul 6 petang, hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan laluan itu adalah lebih awal daripada jadual kerja ditetapkan bagi memastikan keselesaan kepada pengguna untuk perjalanan yang lebih lancar.

“Hari ini, saya telah meninjau kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan jalan ini akan selamat digunakan dan kita cadang buka pada petang ini paling lewat pukul 6 petang ini.

“Ini adalah terbaik kerana kita hanya mengambil masa 10 hari daripada hari kejadian untuk menyiapkannya berbanding yang dijadualkan mengambil tempoh selama 14 hari bermula pada 13 September lalu,”katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke lokasi kejadian kegagalan cerun tambakan projek tebatan banjir LPT1 di sini.

Kerja-kerja pembaikan dilakukan susulan laluan tersebut mengalami rekahan di permukaan jalan yang dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir pada 10 September lalu.

Dalam pada itu beliau turut mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama pemegang konsesi LPT1, ANIH Berhad melaksanakan tindakan jangka masa panjang bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti 12 jalan raya persekutuan di Pahang yang terkesan akibat Monsun Timur Laut dengan kos kerja pembaikan berjumlah RM38 juta diperuntukkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI