fbpx

Sembilan motosikal, kelas KAFA musnah kebakaran di Pangsapuri Sri Penara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian motosikal yang musnah dalam kebakaran di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sebentar tadi.

PETALING JAYA – Sembilan motosikal musnah dalam satu kebakaran di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihak menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.41 malam tadi sebelum sepasukan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi.

Setibanya, di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sembilan buah motosikal.

“Enam buah motosikal musnah 100 peratus, manakala tiga buah motosikal musnah 10 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah bilik Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA), namun kemusnahan dianggarkan kira-kira lima peratus sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kebakaran bagaimanapun telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI