fbpx

Buaya teman wanita cuci pinggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air yang jernih menyebabkan seekor buaya dapat dilihat dengan jelas sedang berenang dan berlegar-legar di sekitar rumah tersebut. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mencuci pinggan sambil ‘ditemani’ seekor buaya yang berlegar di bawah sebuah rumah air, lapor laman berita iNews hari ini.

Video itu dipercayai  dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau.

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat tekun mencuci pinggan di bahagian belakang sebuah rumah yang didirikan di atas air.

Air jernih jelas memaparkan seekor buaya  sedang berenang dan berlegar-legar di sekitar rumah tersebut.

Sesekali,  wanita berkenaan melempar sesuatu ke arahnya dan disambar oleh reptilia itu.

Menurut keterangan video tersebut, meskipun kelihatan berbahaya, situasi seperti itu biasa dilihat di lokasi berkenaan.

“Ini pemandangan biasa di Anambas. Meskipun aksi ini berbahaya, namun penduduk sudah berdamai dengan alam. Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati ketika melakukan aktiviti berhampiran air,” kata kenyataan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tetap perlu berhati-hati kerana naluri haiwan sukar dijangka. Ia boleh menyerang bila-bila masa sahaja,” kata seorang netizen.

“Wanita itu sudah biasa berhadapan dengan ‘buaya darat’ yang lebih menakutkan. Jadi, dia sudah tidak berasa takut dengan buaya air,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI