fbpx

Lelaki dicekup, tak sempat edar 1,840 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Meranto, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG – Cubaan seorang pengedar pil kuda untuk melarikan diri gagal apabila dia dicekup memiliki 1,840 biji pil kuda bernilai RM20,240 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Meranto di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu diberkas kira-kira pukul 3.30 petang meskipun cuba lari melalui bahagian belakang rumah tersebut selepas menyedari kehadiran pihak polis.

Katanya, pemeriksaan fizikal terhadap suspek menjumpai sebanyak 1,840 pil kuda.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod lampau.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI