fbpx

[VIDEO] Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang Y125ZR lari sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anggota JPJ yang dilanggar ketika operasi SJR, di Port Dickson,Negeri Sembilan, pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan cedera otot leher dan kepala akibat dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer (KM) 28 Lebuh Raya Seremban, Port Dickson, Negeri Sembilan, pagi tadi.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR itu telah melanggar sekatan dan merempuh anggota yang bertugas di lokasi penguatkuasaan pada pukul 11 pagi.

Hasil daripada siasatan Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan, penunggang motosikal tersebut masih mempunyai dua senarai hitam masih aktif.

“Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu Seksyen 23 (1) APJ 1987 kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh pada 18 Julai 2012.

“Seterusnya, Seksyen 90 (1) APJ 1987 kerana tiada perlindungan insurans manakala Seksyen 26 (1) APJ 1987, tiada lesen memandu kompeten (CDL).

“Motosikal terbabit juga disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987,”ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, anggotanya telah dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Akibat dirempuh penunggang motosikal terbabit, anggota bertugas mengalami kecederaan pada bahagian otot leher dan kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Justeru, JPJ menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan Operasi Penguatkuasaan SJR.

“Untuk melaporkan aduan kesalahan lalu lintas secara terus atau ‘real time’ dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan. “Pandu Cermat, Sampai Selamat”,”katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI