fbpx

Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 24 termasuk GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara yang ditahan dalam serbuan Op Noda. FOTO IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 24 individu termasuk pelayan pelanggan (GRO) ditahan menerusi Op Noda yang dijalankan di dua pusat hiburan tidak berlesen sekitar Cheras, di sini kelmarin.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, individu terbabit ditahan dalam serbuan yang dilaksanakan Bahagian Judi, Maksiat & Gangsterism D7 Bukit Aman.

“Selain berselindung dalam premis rumah kedai dan menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan masuk pihak berkuasa, pengusaha premis ini menggunakan warga asing untuk mengendalikan perniagaan.

“Pelanggan hanya perlu membayar wang tips sebanyak RM50 hingga RM100 kepada GRO yang menemani pelanggan.

“Kedua-dua premis yang diserbu juga menggunakan khidmat ‘Mummy’ warga asing untuk pelanggan berurusan mendapatkan khidmat GRO,” ujarnya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Tambahnya, premis berkenaan turut menjalankan hiburan berkonsepkan jualan ‘Kalungan Bunga’ yang bermula daripada RM100 hingga RM1000 kepada pelanggan untuk diberikan sebagai tips serta bayaran terus kepada GRO yang dipilih.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),”jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI