fbpx

Pendam rahsia skandal dengan kakak ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIE masih menyimpan rahsia itu daripada pengetahuan isterinya sehingga kini. – GAMBAR HIASAN

IBARAT peribahasa sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada lagi berguna.

Itulah apa yang dirasai dan dialami sendiri Rafie (bukan nama sebenar) terhadap apa yang dilakukan terhadap isterinya selama ini.

Berkongsi kepada Panorama, Rafie yang merupakan seorang pegawai syarikat swasta berkata, perbuatannya yang hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata membuatkan dirinya begitu menyesal hingga ke hari ini.

Memulakan cerita, dia yang merupakan anak jati kelahiran Besut, Terengganu sebelum ini selamat dinikahkah dengan isterinya yang merupakan rakan sekuliah.

“Kami kenal tidak lama dan lebih kurang tiga tahun berkenalan, kami ambil keputusan untuk berumah tangga.

“Waktu itu umur kami baru mencecah 24 tahun dan perlahan-lahan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri muda di ibu kota,” katanya.

Beritahunya, pada ketika itu, mereka berdua hanya mampu menyewa sebuah rumah pangsa dua bilik dengan keluasan tidak sampai 600 kaki persegi.

“Boleh dikatakan kehidupan kami berdua memang bermula dari bawah dan susah.

“Isteri saya, Diana (bukan nama sebenar) saling membantu dan tidak pernah lokek untuk menghulurkan apa sahaja bantuan termasuk kewangan untuk membayar deposit sewa rumah,” katanya.

Beberapa tahun berlalu kata Rafie, kehidupan mereka berdua sedikit berubah dan semakin stabil dari segi ekonomi, lalu mereka berhasrat untuk berpindah ke rumah baharu yang dibeli sendiri.

Ujar Rafie, mereka berdua diberikan rezeki berganda kerana bukan sahaja rumah, tetapi isterinya juga hamil anak pertama pada waktu itu.

“Rasa gembira dan syukur itu Tuhan saja yang tahu. Sebelum ini, kami suami isteri memang ada merancang untuk mempunyai zuriat sebelum berpindah ke rumah baharu tetapi rezeki akhirnya ke arah itu.

Tuhan tidak beri dulu meskipun banyak kali kami berusaha dapatkan zuriat. Alhamdulillah bila isteri hamil, sayalah orang paling gembira,” ujarnya.

Usai puteri sulung mereka dilahirkan, maka bermulalah tempoh isteri berpantang dan isteri ada minta kakak kandungnya dari kampung untuk membantunya.

Cerita Rafie lagi, dia pun bersetuju memandangkan mereka berdua sudah tiada orang tua dan kakak isterinya lebih arif mengenai pantang berpantang.

“Alhamdulillah Kak Tik (bukan nama sebenar) selamat tiba di Kuala Lumpur menaiki bas dari Alor Setar.

“Sepanjang tempoh berpantang, Kak Tik orang yang banyak membantu dan mengajar isteri untuk melakukan itu dan ini. Maklumlah isteri baru pertama kali bersalin dan kami tiada pengalaman.

“Makan minum dan penjagaan bayi serta berpantang semuanya diuruskan Kak Tik sementelah saya sibuk bekerja,” katanya.

Terus kepada klimaks cerita, Rafie memberitahu, dia beberapa kali juga keluar berdua bersama kakak iparnya itu untuk ke pasar raya dan pasar basah mencari barangan keperluan dapur.

Katanya, sifat lemah lembut kakak iparnya yang berstatus janda tanpa anak itu membuatkan Rafie ‘cair’ hati’ dan terpikat.

“Setiap kali berada di rumah, saya dapat kawal perasaan ‘aneh’ itu, tetapi jika di luar bersamanya, saya jadi gundah gulana dan tidak tahu nak kawal bagaimana.

“Jauh di sudut hati saya, dia (kakak ipar) pun tahu yang saya suka dan tertarik dengannya. Saya pun dapat rasakan perkara sama daripadanya.

“Entah bagaimana dan tanpa berfikir panjang, kami berdua telah melakukan satu kesilapan besar dan paling ‘jijik’ yang membuatkan kami kerap mengulanginya,” tuturnya.

Akui Rafie, dia seakan-akan ketagih dan bahagia ketika ‘bersama’ dengan kakak iparnya itu memandangkan isterinya dalam tempoh berpantang atau tempoh ‘berpuasa’ baginya.

“Lama saya simpan perkara ini. Sampai sekarang bila anak dah dua tahun pun isteri masih tidak tahu.

“Saya dan kakak ipar sepakat untuk merahsiakan perkara tersebut kerana masing-masing lupa diri dan hanya mengikut kehendak nafsu syaitan tanpa berfikir panjang ketika itu.

“Apa yang saya sesalkan, setiap kali saya melihat wajah tidak berdosa isteri dan anak, tiap kali itu jugalah dosa-dosa saya bersama kakak ipar terimbas kembali,” katanya.

Baginya, biarlah dia menanggung dosa tersebut dan menjawabnya dengan Allah nanti dan berjanji tidak akan lagi menyakiti hati isteri yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI