fbpx

Budak 5 tahun maut pesawat tentera terhempas atas kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juruterbang sempat keluar dari kerusi anjal pesawat beberapa saat sebelum ia meletup sejurus terhempas. – QCTV

TURIN, ITALI – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terbunuh selepas sebuah pesawat tentera Itali terhempas di atas kereta yang dinaikinya bersama keluarga, lapor akhbar The Sun UK.

Jet daripada skuadron aerobatik Tentera Udara Itali itu terhempas ketika menjalani latihan persembahan udara di bandar Turin, semalam, yang turut menyebabkan abang kanak-kanak tersebut cedera parah.

Sementara ibu bapa mereka dan juruterbang jet berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak megancam nyawa, lapor agensi berita Itali, ANSA.

Video rakaman kejadian menunjukkan pesawat tersebut terbang amat rendah berbanding jet lain sebelum terhempas di atas jalan.

Juruterbang dilihat sempat keluar dari kerusi anjal pesawat beberapa saat sebelum ia meletup sejurus terhempas.

Kereta yang membawa sekeluarga itu dilaporkan dipandu di sepanjang jalan bersebelahan lapangan terbang, demikian menurut laporan media tempatan.

Beberapa laporan awal media menyatakan pesawat tersebut terhempas semasa berlepas, namun punca sebenar nahas masih belum disahkan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI